Syeikh Terbilang

Al-Wudhuhk Fil Ghaayah

Archive for July 31, 2009

MENGENANG JASA PAHLAWAN

MENGENANG JASA PAHLAWAN

Dalam sejarah Islam ramai pejuang dan pahlawan yang sentiasa berkorban memartabatkan agama Allah s.w.t dan memerdekakan tanahair mereka daripada belengu penjajah yang menjajah Aqidah, pemikiran, budaya dan tanah tumpah darah mereka. Ia berlaku kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat untuk mempertahankan bumi Madinah daripada serangan tentera-tentera kafir Quraish sehingga peperangan-peperangan lain dalm sepanjang sejarah Islam.

Solehuddin Al-Ayubi berjuang memerdekakan Al-Quds di Palestin daripada tentera Salib, Syed Nurshi Badi’ Az-Zaman mempertahankan Khalifah Uthmaniyyah di Turkey, di Libya terdapat Umar Mukhktar membela negaranya daripada penguasan Perancis, Dipponegoro membela Indonesia daripada penjajahan Belanda dan tidak ketinggalan di Negara bertuah ini sepanjang tahun 1906 lagi.

Terdapat para alim ualam’ golongan pembaharuan atau reformis Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah berjuang membela Negara daripada kuasa penjajah Portugis dan Inggeris. Antaranya termasuklah Syed Syeikh AL-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Muhamma Tah yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Perjuangan yang berteraskan kepada Islam ini muncul adalah atas kesedaran msayarkat Melayu pada waktu itu untuk melihat Islam dapat ditegakkan dan didaulatkan dan ingin melihat penjajah meninggalkan dan dinyahkan daripada Negara ini.

Kemudian gerakan anti penjajah melahirkan ramai pahlawan Melayu Islam yang bersemangat waja, gagah dan terbilang. Antaranya termasuklah Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Dato’ Maharaja Lela dan tokoh-tokoh terkemudian daripada itu seperti Dato’ Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Bakri dan sebagainya yang dianggap sebagai pahlawan Melayu kerana menentang penjajahan ke atas Tanah Melayu ketika itu, tetapi yang menjadi persolaan di ruang fikiran kita, berapa ramaikah di kalangan kita yang dapat mewarisi semangat kepahlawanan mereka itu?

Sempena sambutan hari pahlawan, kita sentiasa berterima kasih kepada para pahlawan yang berjuang mempertahankan negara sejak sebelum kemerdekaan Negara sehingga ke hari ini. Pengorbanan mereka tidak dapat di bayar dengan harga dunia tetapi hanya Allah yang menilai dan yang akan memberi ganjaran yang setimpal kepada mereka samaada yang telah pergi atau pun yang masih hidup.

Menjaga keamanan dan keselamatan Negara adalh merupakan jihad dan bukan hanya dipertanggungjawab kepada pasukan keselamatan semata-mata, tetapi ianya juga merupakan tanggungjawab bersama kepada seluruh rakyat dan warga negara ini. Sebagai warga Negara yang beriman dan bertanggungjawab maka marilah kita sama-sama menjadi penerus perjuangan untuk memastikan bahawa masa depan Negara ini akan terus aman dan selamat sebagaimana kita telah menikmati keamanan dan kemerdekaan sebelum ini.

Islam ada cara tersendiri menyambut sambutan atuapun perayan. Apa yang pasti Islam tidak pernah mengizinkan sambutan dan perayan itu dicampuri unsure-unsur maksiat dan penderhakan kepada Allah apa lagi melibatkan unsur-unsur syirik seperti unsur pemujaan kepada kubur, patung, termasuk tugu pahlawan dan sebagainya yang bertentangan dengan Aqidah Islam.

Keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor (14 September 1995) telah memutuskan bahawa upacara hari pahlawan dengan meletakkan kalungan bunga ditugu peringatan hukumnya adalah haram. Hukum perbuatan mengaggungkan patung atau tugu yang diukir atau dibentuk seperti manusia adalah haram kerana ia boleh membawa kepada Syirik yang merosakkan Aqdiah Islam.

Justeru, kita mencadangkan agar umat Islam tidak terikut-ikut dengan budaya bukan Islam dalam menyambut ketibaan hari Pahlawan seperti pemujaan kepada tugu peringatan pahlawan dan patung yang dibina. Sebaiknya sambutan ini hendaklah diisi dengan ceramah-ceramah kesedaran pentingnya berjihad mempertahankan tanah air, solat hajat untuk keselamatan negara, bacaan tahlil dan doa untuk pahlawan dan perjuangan Negara telah pergi atau yang masih hidup. Disamping itu perlu diadakan pameran dan paparan berkenaan sejarah pejuang-pejuang terdahulu untuk meransang semangat dan memotivasikan generasi hari ini dan juga menyusun program-program atau aktiviti lain yang difikirkan perlu untuk mendidik masyarakat agar mengimbau serta mengenang jasa para pahlawan terdahulu.

Adapun ciri-ciri pahlawan yang diakui Islam itu mestilah bertepatan dengan Syara’, antaranya:

1-      Taat sentiasa kepada Allah dan RasulNya dan pemimpin selama mana pemimpin itu taat kepada Allah dan RasulNya.

2-      Berjuang bersungguh-sungguh untuk membela kebenaran Islam dan menghapuskan kebatilan dan jauh daripada berjuang atas dasar semangat perkauman ataupun kebangsaan dan bersungguh-sungguh demi mempertahankan agama dan negaranya.

3-      Memiliki sifat berani kerana benar, ikhlas kerana Allah, tegas dan konsep serta sanggup berkorban.

4-      Pahlawan sejati adalah orang yang dapat memanafaatkan setiap momentum kepahlawanan tanpa mengenal istilah rehat dalam perjuangannya.

5-      Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, sedia berkhidmat, tidak suka bertangguh walaupun dalam keadaan apa pun.

Mudah-mudahn pahlawan-pahlawan kita dari awal sehingga ke hari ini akan sentiasa Istiqamah dan terus berjuang berbekalkan ciri-ciri ini dan kita mendoakan agar keselamatan negara tercinta ini akan terus terjamin dan berkekalan sehingga seluruh rakyat Negara ini hidup aman dan damai.

Sebagai menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan mereka, ayuhlah kita bersama menjaga keamanan dan keselamatan tanah air kita sebagai bukti kita menghargai perjuangan mereka yang terdahulu dan Allah s.w.t berjanji akan memberikan ganjaran dan pahala di atas usaha murni ini, kerana kita faham bahawa mempertahankan tanahair adalah sebahagian daripada Jihad pada jalan Allah.

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(‘Ali-Imran ayat 200)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.