Syeikh Terbilang

Al-Wudhuhk Fil Ghaayah

Archive for July, 2009

MENGENANG JASA PAHLAWAN

MENGENANG JASA PAHLAWAN

Dalam sejarah Islam ramai pejuang dan pahlawan yang sentiasa berkorban memartabatkan agama Allah s.w.t dan memerdekakan tanahair mereka daripada belengu penjajah yang menjajah Aqidah, pemikiran, budaya dan tanah tumpah darah mereka. Ia berlaku kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat untuk mempertahankan bumi Madinah daripada serangan tentera-tentera kafir Quraish sehingga peperangan-peperangan lain dalm sepanjang sejarah Islam.

Solehuddin Al-Ayubi berjuang memerdekakan Al-Quds di Palestin daripada tentera Salib, Syed Nurshi Badi’ Az-Zaman mempertahankan Khalifah Uthmaniyyah di Turkey, di Libya terdapat Umar Mukhktar membela negaranya daripada penguasan Perancis, Dipponegoro membela Indonesia daripada penjajahan Belanda dan tidak ketinggalan di Negara bertuah ini sepanjang tahun 1906 lagi.

Terdapat para alim ualam’ golongan pembaharuan atau reformis Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah berjuang membela Negara daripada kuasa penjajah Portugis dan Inggeris. Antaranya termasuklah Syed Syeikh AL-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Muhamma Tah yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Perjuangan yang berteraskan kepada Islam ini muncul adalah atas kesedaran msayarkat Melayu pada waktu itu untuk melihat Islam dapat ditegakkan dan didaulatkan dan ingin melihat penjajah meninggalkan dan dinyahkan daripada Negara ini.

Kemudian gerakan anti penjajah melahirkan ramai pahlawan Melayu Islam yang bersemangat waja, gagah dan terbilang. Antaranya termasuklah Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Dato’ Maharaja Lela dan tokoh-tokoh terkemudian daripada itu seperti Dato’ Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Bakri dan sebagainya yang dianggap sebagai pahlawan Melayu kerana menentang penjajahan ke atas Tanah Melayu ketika itu, tetapi yang menjadi persolaan di ruang fikiran kita, berapa ramaikah di kalangan kita yang dapat mewarisi semangat kepahlawanan mereka itu?

Sempena sambutan hari pahlawan, kita sentiasa berterima kasih kepada para pahlawan yang berjuang mempertahankan negara sejak sebelum kemerdekaan Negara sehingga ke hari ini. Pengorbanan mereka tidak dapat di bayar dengan harga dunia tetapi hanya Allah yang menilai dan yang akan memberi ganjaran yang setimpal kepada mereka samaada yang telah pergi atau pun yang masih hidup.

Menjaga keamanan dan keselamatan Negara adalh merupakan jihad dan bukan hanya dipertanggungjawab kepada pasukan keselamatan semata-mata, tetapi ianya juga merupakan tanggungjawab bersama kepada seluruh rakyat dan warga negara ini. Sebagai warga Negara yang beriman dan bertanggungjawab maka marilah kita sama-sama menjadi penerus perjuangan untuk memastikan bahawa masa depan Negara ini akan terus aman dan selamat sebagaimana kita telah menikmati keamanan dan kemerdekaan sebelum ini.

Islam ada cara tersendiri menyambut sambutan atuapun perayan. Apa yang pasti Islam tidak pernah mengizinkan sambutan dan perayan itu dicampuri unsure-unsur maksiat dan penderhakan kepada Allah apa lagi melibatkan unsur-unsur syirik seperti unsur pemujaan kepada kubur, patung, termasuk tugu pahlawan dan sebagainya yang bertentangan dengan Aqidah Islam.

Keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor (14 September 1995) telah memutuskan bahawa upacara hari pahlawan dengan meletakkan kalungan bunga ditugu peringatan hukumnya adalah haram. Hukum perbuatan mengaggungkan patung atau tugu yang diukir atau dibentuk seperti manusia adalah haram kerana ia boleh membawa kepada Syirik yang merosakkan Aqdiah Islam.

Justeru, kita mencadangkan agar umat Islam tidak terikut-ikut dengan budaya bukan Islam dalam menyambut ketibaan hari Pahlawan seperti pemujaan kepada tugu peringatan pahlawan dan patung yang dibina. Sebaiknya sambutan ini hendaklah diisi dengan ceramah-ceramah kesedaran pentingnya berjihad mempertahankan tanah air, solat hajat untuk keselamatan negara, bacaan tahlil dan doa untuk pahlawan dan perjuangan Negara telah pergi atau yang masih hidup. Disamping itu perlu diadakan pameran dan paparan berkenaan sejarah pejuang-pejuang terdahulu untuk meransang semangat dan memotivasikan generasi hari ini dan juga menyusun program-program atau aktiviti lain yang difikirkan perlu untuk mendidik masyarakat agar mengimbau serta mengenang jasa para pahlawan terdahulu.

Adapun ciri-ciri pahlawan yang diakui Islam itu mestilah bertepatan dengan Syara’, antaranya:

1-      Taat sentiasa kepada Allah dan RasulNya dan pemimpin selama mana pemimpin itu taat kepada Allah dan RasulNya.

2-      Berjuang bersungguh-sungguh untuk membela kebenaran Islam dan menghapuskan kebatilan dan jauh daripada berjuang atas dasar semangat perkauman ataupun kebangsaan dan bersungguh-sungguh demi mempertahankan agama dan negaranya.

3-      Memiliki sifat berani kerana benar, ikhlas kerana Allah, tegas dan konsep serta sanggup berkorban.

4-      Pahlawan sejati adalah orang yang dapat memanafaatkan setiap momentum kepahlawanan tanpa mengenal istilah rehat dalam perjuangannya.

5-      Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, sedia berkhidmat, tidak suka bertangguh walaupun dalam keadaan apa pun.

Mudah-mudahn pahlawan-pahlawan kita dari awal sehingga ke hari ini akan sentiasa Istiqamah dan terus berjuang berbekalkan ciri-ciri ini dan kita mendoakan agar keselamatan negara tercinta ini akan terus terjamin dan berkekalan sehingga seluruh rakyat Negara ini hidup aman dan damai.

Sebagai menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan mereka, ayuhlah kita bersama menjaga keamanan dan keselamatan tanah air kita sebagai bukti kita menghargai perjuangan mereka yang terdahulu dan Allah s.w.t berjanji akan memberikan ganjaran dan pahala di atas usaha murni ini, kerana kita faham bahawa mempertahankan tanahair adalah sebahagian daripada Jihad pada jalan Allah.

“Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(‘Ali-Imran ayat 200)

CIRI-CIRI KITA DAH MAKIN TUA

Ciri-Ciri Diri Kita Dah Makin Tua (“,)

1.Dulu, kalau nak membaca…dari jauh pun boleh baca.
Sekarang dekat2 tak nampak….kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh…suuurrrrr!!!! masuk…..!!!
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas…barumasuk…

3. Dulu, masa tidur menhadap muka…rapat-rapat,
sekarang berlaga punggung saja… itu pun dah kira rapat sangat dah tu….

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbagke…),
sekarang, bawa juga… tapi minyak angin la…

5. Dulu, pakai baju mesti sama…sama color, sama design, samabrand….sedondon…
Sekarang, “Asal kau ada baju nak pakai udah la…!”

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai sejam irontudung…pakai tudung….
Sekarang, “Alah…you pakai yg “wrinkle free” tu je la….!”
(dlm hati….macam la ada orang nak tenagok dia…hiyyyy!!!Malam tadi tak mau nak gosok… lembab!!)

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping,
sekarang…tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS…”Lama lagi ke?” “Apa aje yg you cari ni…?”

8. Dulu, hebat….!!! sebulan sampai 12 kali…,
sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga…

9. Dulu, menunggu pun dah keras….
sekarang, menunggu nak keras…

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgnpakai apa-apa.
Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh bukajuga… “Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke…?”
……………………………………………………………………………………………………………….

MODEL PENGURUSAN MASJID CEMERLANG

MODEL PENGURUSAN MASJID CEMERLANG
Oleh :
Tuan Haji Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan

1. MUQADIMAH
Masjid adalah sebuah institusi masyarakat yang sangat penting dalam Islam. Ia merupakan pusat untuk kepimpinan Islam merancang, melaksana dan menggembeleng kesemua tenaga umat Islam setempat supaya berpatisipasi dan berprestasi untuk memajukan umat Islam dalam kesemua aspek kehidupan termasuk aspek pembinaan rohani, akhlak dan pembangunan kehidupan masyarakat.

Untuk institusi masjid mampu berperanan secara cemerlang, institusi ini perlu dipimpin, diurus dan ditadbir dengan baik semoga di mana ia berada, kesemua penduduk dapat digembeleng agar tiada seorang pun terkecuali dalam usaha kita membangun kekuatan ummah.

Kertas ringkas ini pada permulaannya akan membicarakan tentang konsep masjid dan peranannya dalam membangun ummah. Bahagian kedua akan membincangkan tentang bagaimana pengurusan dan pentadbiran masjid sepatutnya beroperasi agar peranan institusi masjid akan tercapai.

2. KONSEP MASJID DAN PERANANNYA
Usaha membina masjid adalah tindakan awalan dan utama yang diambil oleh Nabi (s.a.w.) dalam membangun tamadun masyarakat pertama Islam di Madinah. Di tempat untanya berhenti dalam perjalanan hijrah yang jauh dari Makkah ke Madinah iaitu di perkarangan rumah Sahl dan Suh’ayl, tanah mereka dibeli dan masjid pertama dibina.

Bagi Islam masjid adalah rumah Allah tempat umat Islam beribadat, khususnya bersolat jemaah harian dan bersolat Juma’at pada setiap minggu. Di samping itu masjid hendaklah turut diguna untuk umat Islam bertemu dalam menganjurkan segala urusan kehidupan bermasyarakat dalam sesebuah tempat.
Pemahaman Islam terhadap konsep ibadah adalah luas. Ia termasuk segala urusan kehidupan bermasyarakat. Islam menganjur kepada kesepaduan di antara segala urusan kehidupan dengan ajaran agama. MengIslamkan segala urusan duniawi adalah tuntutan kepada umat Islam.

Allah berfirman dengan maksud, “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula”.
(Az-Zalzalah: 7-8)

Justeru, adalah tepat jika umat Islam pada masa kini menghidupkan peranan masjid agar relevan dengan segala urusan kemasyarakatan kerana bagi Islam kesemuanya menjadi ibadah jika ia dirancang dan dilaksana mengikut tuntutan agama. Sebagai contoh, cadangan berikut boleh disyorkan semoga masjid dijadikan tempat kesedaran dan peningkatan kekuatan ekonomi ummah.

Antara cadangan tersebut adalah berikut:
i. Memberi kesedaran tentang kepentingan umat Islam berusaha meningkat kekuatan ekonomi melalui pendekatan Islam dalam program ilmiah di masjid.
ii. Menganjur kursus-kursus perniagaan yang berwibawa mengikut pendekatan Islam di masjid. Dengan usaha ini ramai ahli peniaga dapat didekatkan kepada masjid.
iii. Membina masjid di kawasan pusat perniagaan negeri dan negara. Oleh itu bangunan masjid perlu juga dibangun di pusat kegiatan ekonomi. Ini sekali gus meyakinkan bahawa Islam tidak menganjurkan pemisahan ibadah khusus dengan melaksana hidup harian yang mesti disandarkan kepada Islam.

Allah berfirman dengan maksud, “Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”.
(Al-Jumaah: 10)
iv. Menyedia kemudahan perkhidmatan perbankan, insuran danperkhidmatan penting berhampiran dan jika mampu dalam perkarangan masjid. Usaha ini akan mendekatkan institusi kewangan ekonomi kepada masjid.
v. Menyedia dan menjual keperluan asas masyarakat setempat di perkarangan masjid. Usaha ini mampu menarik ahli masyarakat mendekati masjid. Untuk memboleh institusi masjid berperanan seperti yang di atas kemantapan pengurusan dan pentadbiran masjid perlu dipertingkat dan dikemaskini.

3. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID DENGAN BERKESAN
Pengurusan dan pentadbiran adalah satu proses yang dirancang dengan mengatur segala kegiatan bagi mencapai matlamat tertentu sesebuah organisasi. Dalam konteks perbincangan kertas ini ia menjurus kepada bagaimana kepimpinan dan warga petugas sesebuah masjid menyedia kemudahan dan mengatur aktiviti masjid semoga peranan institusi masjid seperti yang dibincang dalam Bahagian 2 dapat direalisasi. Oleh kerana institusi masjid merupakan tempat yang mencetus aktiviti kehidupan masyarakat setempat, usaha untuk mendapat seberapa kerjasama dan sokongan ahli masyarakat sangatlah penting. Mereka secara sukarela perlu digembeleng untuk turut sama menyumbang kepada kejayaan aktiviti masjid. Kepimpinan masjid perlu memiliki wawasan yang jelas tentang peranan masjid dan sekali gus juga mampu memahami tuntutan keperluan masyarakat setempat. Dengan memiliki wawasan yang relevan dengan keadaan setempat
dan semasa, kepimpinan masjid perlu merancang dan melaksana aktiviti untuk tujuan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Pada jangka panjang kesemua aktiviti masjid tersebut hendaklah berjaya menjana kepada penglibatan umat Islam setempat untuk membangun kekuatan masyarakat Islam dalam kesemua aspek termasuk rohani, ekonomi, budaya, pendidikan
dan sebagainya.

Proses pengurusan tersebut justeru itu perlu melibatkan beberapa unsur seperti berikut:
iii. Menggaris matlamat jangka pendek dan panjang masjid dengan jelas.
iv. Menentu bidang usaha dan jenis kegiatan masjid.
v. Menyusun struktur pengurusan masjid untuk mencapai
matlamatnya. Dengan memiliki kepimpinan yang beramanah, jujur, berwawasan dan berkemampuan serta sokongan yang jitu oleh kesemua ahli jawatankuasa terbabit, perancangan yang dilaksana untuk mencapai objektif masjid terbabit akan berjaya.

Semangat syura perlu dibudayakan dalam membuat keputusan untuk kepentingan aktiviti masjid. Dengan amalan tersebut ia akan memantapkan kerjasama yang intim oleh kesemua ahli jawatankuasa masjid dan sekali gus menarik minat lebih ramai untuk memberi sumbangan. Di samping itu, jawatankuasa yang hendak dibentuk perlu mengarah kepada pencapaian matlamat masjid. Bukan jumlah jawatankuasa yang menentu kepada kejayaan aktiviti masjid tetapi yang lebih penting ialah peranan setiap jawatan yang mampu menjurus kepada pelaksanaan aktiviti masjid secara berkesan dan berkualiti.

Aspek yang perlu diurus dan ditadbir dengan baik termasuk:
vi. Bangunan dan kemudahan fasiliti kepada pengguna masjid seperti ruang solat, bilik perpustakaan, ruang seminar, bilik air, kawasan persekitaran masjid dan sebagainya.
vii. Tabung masjid. Segala bentuk sumbangan wang dan harta untuk masjid perlu diurus dengan telus dengan sistem pelaporan yang professional.
viii.Aktiviti program masjid. Kesemua program masjid perlu dihalusi semoga ia menyumbang kepada peningkatan penghayatan Islam dalam masyarakat.

4. PENUTUP
Jelas daripada perbincangan di atas masjid adalah sebuah institusi yang sangat penting dalam membangun kekuatan ummah. Oleh kerana masjid dibina di merata kawasan, melalui institusi tersebut kesemua ahli masyarakat Islam perlu digembeleng untuk menjaya agenda masyarakat setempat demi untuk memaju masyarakat Islam keseluruhannya.

Untuk menjayakan peranan masjid, kualiti kepimpinan dan pengurusan
masjid perlu sentiasa berfungsi dengan berkesan.

(Ref: NMNH/mar/HimKertasKerjaBMEnNik(9/ModelPengurusanMsjidCemerlang….KonvensyendiKuching,Sarawakpd2April2006)

AKIDAH ISLAM DAN PERANANNYA

AQIDAH ISLAM DAN PERANANNYA

Tingkah laku sosial sebahagian umat Islam ketika ini tanpa mengira kedudukan tua atau muda, berpendidikan atau tidak semacam tergambar, betapa lemahnya akidah dan keimanan mereka. Kehidupan mereka semakin kalis dengan tuntutan agama. Dalam institusi kekeluargan, ibu bapa semacam kehilangan panduan. Dalam institusi pendidikan, guru-guru semacam buntu dari segi pendekatan dan dalam komuniti bernegara, pemimpin semacam kehilangan kepercayan. Masalah sosial semakin sukar dibendung.

Walaupun masalah ini sering dikaitkan dengan golongan remaja, tetapi hakikatnya ia berlaku tanpa mengira umur dan latar belakang. Sesetengah puncanya dirancang dan diprogramkan oleh golongan tertentu dengan menggunakan istilah-istilah yang menarik. Contohnya istilah “perkhidmatan” digunakan dalam aktiviti maksiat, “program menjana ekonomi” dalam sendikit penipuan, istilah “strategi” dalam pendekatan menegakkan kepalsuan, istilah “beramal” untuk menghalalkan cara dan berbagai-bagai lagi.

Akidah atau Tauhid mempunyai maksud yang sama. Iaitu berkaitan ilmu yang menjelaskan kepercayaan sesorang tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara-perkara Sam’iyah, iaitu ghaib yang hanya diketahui dan didengar melalui Al-Qur’an dan Al-Hadis. Selain itu ilmu ini juga dapat mendedahkan kebatilan dan pendustan khususnya dari kalangan musuh-musuh-musush, terhadap orang yang beriman. Oleh itu Aqidah Tauhid mempunyai peranan di dalm pembinaan syaksiah dan jati diri seseorang.

Para Ulama’ Islam sepakat mengatakan bahawa Aqidah Tauhid adalah dasar yang paling utama untuk mengenal Allah dan menjadi pokok serta dasar pemikiran dalam membentuk kerangka dan perjuangan membina Tauhid secar sepadu disamping ia mengandungi ajaran yang seimbang anatar jasmani dan rohani, antara kebendan dan kemanusiaan.

Selain mendasari pemikiran, Aqidah juga mendasari amalan. Amalan seseorang walau sebaik mana sekalipun, tidak akan diterima oleh Allah s.w.t kecuali dilakukan oleh orang yang beriman yakni berpegang kepada Aqidah yang benar dan sah, Ini kerana amalan orang yang tidak mempunyai Aqidah, tidak akan mengambil kira dari segi sah atau batal, halal atau haram, suruhan atau larangan. Mereka juga tidak mengharapkan pahala serta tidak takut akan siksaan hari kemudian dan seterusnya beramal dan bekerja bukan kerana untuk mendapat keredhan Allah s.w.t.

Iman ada tingkatan tinggi dan rendahnya. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: ”Iman ada mempunyai tujuh puluh atau mempunyai enam puluh cabang, maka yang sebaik-baik ucapan perkataan “La Ilaha IllaAllah” dan serendah-rendahnya membuang sesuatu benda yang menyakiti manusia di tengah jalan dan malu itu sebahagian dari cabang Iman.”

(Muttafaqun Alaih)

Selain itu keimanan seseorang boleh dikesan dan dilihat tanda-tandanya. Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan dari yang sekecil-sekecilnya adalah gambaran yang terjelma dari dorongan keimanannya. Justeru, Iman seseorang boleh bertambah dan boleh berkurang. Bertambah disebabkan ketaatan dan berkurang disebabkan keingkarannya dalam melaksanankan tanggungjawab kepada Allah s.w.t.

Dalam suatu peristiwa, Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. telah mengajak sahabat-sahabatnya menambahkan Iman mereka dengan memperbanykkan Zikrullah, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Ja’far dari datuknya Amir bin Habib seorang sahabat Rasulullah s.a.w. katanya yang bermaksud:

“Iman itu bertambah dan berkurang, lalu sahabat bertanya:

“Bagaimana bertambah dan bagaimana berkurang?”. Jawabnya: “Apabila menyebut dan mengingati Allah dan memujiNya (Mengucapkan Al-Hamdulillah) serta mensucikannya (menyebut SubhanaAllah), maka itu menyebabkan Iman bertambah.”

Lupa dan lalai boleh membawa kepada implikasi yang buruk. Lalai dan lupa boleh menyebabkan seseorang terlanjur melakukan kemungkaran, kerana ia lupa yang perbuatannya itu diperhatikan oleh Allah s.w.t. Selain itu juga jika seseorang melupakan Allah, Allah akan melupakannya. Amat malang sekali, jika dirinya dilupakan oleh Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Hasyar ayat 19: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik”.

Orang yang beriman, amat peka dalam menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. Mereka sentiasa mengingati Allah dalam setiap gerak kerjanya. Justeru, itulah golonga ahli khawas iaitu golonga yang tinggi martabat keimanannya, bertaubat kepada Allah s.w.t. bukan kerana dosanya, tetapi kerana mungkin berlaku detik-detik kelainannya dalam mengingati Allah.

Mereka juga bertaubat sebagai tanda bersyukur di atas nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya. Ini berbeza dengan orang awam, mereka bertaubat kerana melakukan dosa. Bahkan kadang-kadang sudah melakukan dosa pun tidak terfikir untuk bertaubat, sebaliknya terus mengulangi dosa dan kadang-kadang ada berbangga-bangga dengan perbuatan dosanya.

Pandangan orang beriman amat berbeza dengan pandangan orang yang tidak beriman. Pandangan orang beriman dipandu oleh cahaya hidayah. Oleh itu mereka bersa kasihan melihat keadaan orang yang tidak beriman, yang tertipu oleh dirinya sendiri dan jauh daripada hidayah Allah s.w.t. Pandangan mereka banyak didorong oleh runtunan nafsu amarah serta bisikan dan tipu daya syaitan. Mata hatinya buta, anggota dan pancaindera menjadi alat bagi memuaskan segala keinginannya. Bagi orang yang tidak beriman pula, pandangannya terbalik, mereka berasa pelik dan hairan melihat sikap orang yang beriman serta menyifatkan sebagai jahil dan rugi. Sedang pada hakikatnya, merekalah yang jahil dan merekalah yang rugi. Firman Allah SWT dalam surah Al-An’am ayat 122 yang bermaksud: adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian kami menghidupkannya semula (dengan hidayah), lalu kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia (adakah orang yang demikian keaadannya) sama seperti yang tinggal tetap dalam gelap gelita (kufur), yang tidak dapat keluar samasekali daripadanya? Demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik ape yang mereka kerjakan”.

Memandangkan iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, marilah kita berusaha menambah dan menyuburkan keimanan kita, menyiram dan membaca melalui amal soleh yang merangkumi ibadat umum dan ibadat khusus. Dalam ibadat umum dengan menerapkan konsep ikhsan dalam kerja-kerja harian kita, iaitu meyakini sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa melihat ape yang kita lakukan walaupun kita tidak melihatnya. Selain itu bersikap ikhlas dan jujur serta bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja ia juga berusaha untuk melakukan penambah baikkan yang berterusan.

Begitu juga dalam hal-hal yang berkaitan dengan ibadat khusus. Dengan membiasakan yang sunnah, akan dapat memelihara yang wajib. Dengan meninggalkan yang makruh akan dapat menghindari yang haram. Dari segi makan minum pula bikan sahaja ia memastikan yang halal tetapi baik, yakni berkahsiat. Falsafahnya bukan hidup untuk makan, tetapi makan untuk menjaga kesihatan supaya dapat berbakti kepada Allah s.w.t. Kerana dari makan minumlah punca segala penyakit, sama ada penyakit jasmani atau rohani.

Sebagai manusia biasa, kita selalu mudah untuk membuat rawatan penyakit jasmani, tetapi bagaimana dengan usaha mengesan dan merawat penyakit rohani kalau kita sentiasa dilalaikan dengan kesibukkan bekerja, keseronokkan bersukan dan keasyikkan berhibur? Hanya iman sahajalah yang dapat memandu dan menentukan jalan yang benar. Anak kuncinya ialah ilmu, maka sekurang-kurangnya hadirilah majlis-majlis ilmu dan belajarlah secara berguru dengan guru-guru yang dimaklumi. Tepuklah dada dan tanyalah iman kita.

Dalam kesempatan ini marilah kita sama-sama menilai diri kita, sama ada kita benar-benar memahami tentang aqidah dan hakikat tuntutan iman. Ditahap mana kedudukan iman kita, kuat atau lemah, tinggi atau rendah. Adakah tindakan-tindakan kita selari dengan dorongan dan tuntutan keimanan yang sebenar? Firman Allah SWT dalam Surah Fussilat ayat 46 yang bermaksud: “Sesiapa Yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.