Syeikh Terbilang

Al-Wudhuhk Fil Ghaayah

AKIDAH ISLAM DAN PERANANNYA

AQIDAH ISLAM DAN PERANANNYA

Tingkah laku sosial sebahagian umat Islam ketika ini tanpa mengira kedudukan tua atau muda, berpendidikan atau tidak semacam tergambar, betapa lemahnya akidah dan keimanan mereka. Kehidupan mereka semakin kalis dengan tuntutan agama. Dalam institusi kekeluargan, ibu bapa semacam kehilangan panduan. Dalam institusi pendidikan, guru-guru semacam buntu dari segi pendekatan dan dalam komuniti bernegara, pemimpin semacam kehilangan kepercayan. Masalah sosial semakin sukar dibendung.

Walaupun masalah ini sering dikaitkan dengan golongan remaja, tetapi hakikatnya ia berlaku tanpa mengira umur dan latar belakang. Sesetengah puncanya dirancang dan diprogramkan oleh golongan tertentu dengan menggunakan istilah-istilah yang menarik. Contohnya istilah “perkhidmatan” digunakan dalam aktiviti maksiat, “program menjana ekonomi” dalam sendikit penipuan, istilah “strategi” dalam pendekatan menegakkan kepalsuan, istilah “beramal” untuk menghalalkan cara dan berbagai-bagai lagi.

Akidah atau Tauhid mempunyai maksud yang sama. Iaitu berkaitan ilmu yang menjelaskan kepercayaan sesorang tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara-perkara Sam’iyah, iaitu ghaib yang hanya diketahui dan didengar melalui Al-Qur’an dan Al-Hadis. Selain itu ilmu ini juga dapat mendedahkan kebatilan dan pendustan khususnya dari kalangan musuh-musuh-musush, terhadap orang yang beriman. Oleh itu Aqidah Tauhid mempunyai peranan di dalm pembinaan syaksiah dan jati diri seseorang.

Para Ulama’ Islam sepakat mengatakan bahawa Aqidah Tauhid adalah dasar yang paling utama untuk mengenal Allah dan menjadi pokok serta dasar pemikiran dalam membentuk kerangka dan perjuangan membina Tauhid secar sepadu disamping ia mengandungi ajaran yang seimbang anatar jasmani dan rohani, antara kebendan dan kemanusiaan.

Selain mendasari pemikiran, Aqidah juga mendasari amalan. Amalan seseorang walau sebaik mana sekalipun, tidak akan diterima oleh Allah s.w.t kecuali dilakukan oleh orang yang beriman yakni berpegang kepada Aqidah yang benar dan sah, Ini kerana amalan orang yang tidak mempunyai Aqidah, tidak akan mengambil kira dari segi sah atau batal, halal atau haram, suruhan atau larangan. Mereka juga tidak mengharapkan pahala serta tidak takut akan siksaan hari kemudian dan seterusnya beramal dan bekerja bukan kerana untuk mendapat keredhan Allah s.w.t.

Iman ada tingkatan tinggi dan rendahnya. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: ”Iman ada mempunyai tujuh puluh atau mempunyai enam puluh cabang, maka yang sebaik-baik ucapan perkataan “La Ilaha IllaAllah” dan serendah-rendahnya membuang sesuatu benda yang menyakiti manusia di tengah jalan dan malu itu sebahagian dari cabang Iman.”

(Muttafaqun Alaih)

Selain itu keimanan seseorang boleh dikesan dan dilihat tanda-tandanya. Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan dari yang sekecil-sekecilnya adalah gambaran yang terjelma dari dorongan keimanannya. Justeru, Iman seseorang boleh bertambah dan boleh berkurang. Bertambah disebabkan ketaatan dan berkurang disebabkan keingkarannya dalam melaksanankan tanggungjawab kepada Allah s.w.t.

Dalam suatu peristiwa, Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. telah mengajak sahabat-sahabatnya menambahkan Iman mereka dengan memperbanykkan Zikrullah, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Ja’far dari datuknya Amir bin Habib seorang sahabat Rasulullah s.a.w. katanya yang bermaksud:

“Iman itu bertambah dan berkurang, lalu sahabat bertanya:

“Bagaimana bertambah dan bagaimana berkurang?”. Jawabnya: “Apabila menyebut dan mengingati Allah dan memujiNya (Mengucapkan Al-Hamdulillah) serta mensucikannya (menyebut SubhanaAllah), maka itu menyebabkan Iman bertambah.”

Lupa dan lalai boleh membawa kepada implikasi yang buruk. Lalai dan lupa boleh menyebabkan seseorang terlanjur melakukan kemungkaran, kerana ia lupa yang perbuatannya itu diperhatikan oleh Allah s.w.t. Selain itu juga jika seseorang melupakan Allah, Allah akan melupakannya. Amat malang sekali, jika dirinya dilupakan oleh Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Hasyar ayat 19: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik”.

Orang yang beriman, amat peka dalam menjaga hubungan dengan Allah s.w.t. Mereka sentiasa mengingati Allah dalam setiap gerak kerjanya. Justeru, itulah golonga ahli khawas iaitu golonga yang tinggi martabat keimanannya, bertaubat kepada Allah s.w.t. bukan kerana dosanya, tetapi kerana mungkin berlaku detik-detik kelainannya dalam mengingati Allah.

Mereka juga bertaubat sebagai tanda bersyukur di atas nikmat Allah yang tidak terhingga banyaknya. Ini berbeza dengan orang awam, mereka bertaubat kerana melakukan dosa. Bahkan kadang-kadang sudah melakukan dosa pun tidak terfikir untuk bertaubat, sebaliknya terus mengulangi dosa dan kadang-kadang ada berbangga-bangga dengan perbuatan dosanya.

Pandangan orang beriman amat berbeza dengan pandangan orang yang tidak beriman. Pandangan orang beriman dipandu oleh cahaya hidayah. Oleh itu mereka bersa kasihan melihat keadaan orang yang tidak beriman, yang tertipu oleh dirinya sendiri dan jauh daripada hidayah Allah s.w.t. Pandangan mereka banyak didorong oleh runtunan nafsu amarah serta bisikan dan tipu daya syaitan. Mata hatinya buta, anggota dan pancaindera menjadi alat bagi memuaskan segala keinginannya. Bagi orang yang tidak beriman pula, pandangannya terbalik, mereka berasa pelik dan hairan melihat sikap orang yang beriman serta menyifatkan sebagai jahil dan rugi. Sedang pada hakikatnya, merekalah yang jahil dan merekalah yang rugi. Firman Allah SWT dalam surah Al-An’am ayat 122 yang bermaksud: adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian kami menghidupkannya semula (dengan hidayah), lalu kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia (adakah orang yang demikian keaadannya) sama seperti yang tinggal tetap dalam gelap gelita (kufur), yang tidak dapat keluar samasekali daripadanya? Demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik ape yang mereka kerjakan”.

Memandangkan iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, marilah kita berusaha menambah dan menyuburkan keimanan kita, menyiram dan membaca melalui amal soleh yang merangkumi ibadat umum dan ibadat khusus. Dalam ibadat umum dengan menerapkan konsep ikhsan dalam kerja-kerja harian kita, iaitu meyakini sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa melihat ape yang kita lakukan walaupun kita tidak melihatnya. Selain itu bersikap ikhlas dan jujur serta bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja ia juga berusaha untuk melakukan penambah baikkan yang berterusan.

Begitu juga dalam hal-hal yang berkaitan dengan ibadat khusus. Dengan membiasakan yang sunnah, akan dapat memelihara yang wajib. Dengan meninggalkan yang makruh akan dapat menghindari yang haram. Dari segi makan minum pula bikan sahaja ia memastikan yang halal tetapi baik, yakni berkahsiat. Falsafahnya bukan hidup untuk makan, tetapi makan untuk menjaga kesihatan supaya dapat berbakti kepada Allah s.w.t. Kerana dari makan minumlah punca segala penyakit, sama ada penyakit jasmani atau rohani.

Sebagai manusia biasa, kita selalu mudah untuk membuat rawatan penyakit jasmani, tetapi bagaimana dengan usaha mengesan dan merawat penyakit rohani kalau kita sentiasa dilalaikan dengan kesibukkan bekerja, keseronokkan bersukan dan keasyikkan berhibur? Hanya iman sahajalah yang dapat memandu dan menentukan jalan yang benar. Anak kuncinya ialah ilmu, maka sekurang-kurangnya hadirilah majlis-majlis ilmu dan belajarlah secara berguru dengan guru-guru yang dimaklumi. Tepuklah dada dan tanyalah iman kita.

Dalam kesempatan ini marilah kita sama-sama menilai diri kita, sama ada kita benar-benar memahami tentang aqidah dan hakikat tuntutan iman. Ditahap mana kedudukan iman kita, kuat atau lemah, tinggi atau rendah. Adakah tindakan-tindakan kita selari dengan dorongan dan tuntutan keimanan yang sebenar? Firman Allah SWT dalam Surah Fussilat ayat 46 yang bermaksud: “Sesiapa Yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.”

KHUTBAH MULTIMEDIA JAIS 22 APRIL 2011

KHUTBAH PERTAMA

KEMBALILAH KE PANGKUAN AL-QURAN

SEMINAR PERANCANGAN KEWANGAN DI ILIM, BANGI

PENGURUSAN HUTANG YANG EFEKTIF BARU

LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID JAIS KE J.A.I. PERAK & J.H.E.I. KEDAH PADA 17 DISEMBER 2010.

 

Seminar Khutbah Negeri Selangor 2010

Seminar Khutbah Negeri Selangor 2010

Seminar Khutbah Negeri Selangor 2010

Seminar Khutbah Negeri Selangor 2010, Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam.

KPP Masjid Menyampaikan Saguhati Kepada Dato' Hj. Kamaruddin.

Seminar Khutbah Negeri Selangor 2010

Seminar Khutbah Negeri Selangor 2010

 

Seminar Khutbah Negeri Selangor 2010

Seminar Khutbah Negeri Selangor 2010,
Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam.

Seminar Khutbah Negeri Selangor 2010

Seminar Khutbah Negeri Selangor 2010

KITAB YANG MESTI DIMILIKI

TAFSIR SURAH AL-INSAN

TAFSIR SURAH AL-INSAN

TAFSIR SURAH AL-MUIK DAN YASIN

TAFSIR SURAH AL-MULK DAN YASIN

TAFSIR SURAH AS-SAJDAH DAN AL-FATIHAH

TAFSIR SURAH AS-SAJDAH DAN AL-FATIHAH

SEMINAR PEMANTAPAN KHUTBAH NEGERI SELANGOR 2009

Seminar Khutbah Negeri Selangor 2009

ERTI MERDEKA

ERTI MERDEKA
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan bersyukur kepadanya kerana limpahan rahmatNya dengan mengurniakan kepada kita nikmat Kemerdekaan yang tiada taranya berbanding sebahagian negara umat Islam yang masih tunduk kepada kuasa barat dan timur. Walaupun negara mereka merdeka pada zahirnya tetapi hakikatnya mereka belum bebas dari cengkaman penjajah moden dari kalangan musuh Islam.

Justeru kita bersyukur kehadhrat Allah SWT kerana dapat menikmati Kemerdekaan dan boleh melayari bahtera kehidupan dengan penuh kesejahteraan dan keharmonian. Mudah-mudahan dengan di tambah ketaqwaan kita kepada Allah SWT menjunjung segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya, hakikat kemerdekaan akan benar-benar kita hayati serta kecapi dengan ertikata yang sebenarnya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud:

”Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)”.
(Al-Baqarah ayat 152)

Bersempena dengan Kemerdekaan negara kita selama 52 tahun, Janganlah kita menjadi umpama ungkapan “Menang Sorak Kampung Tergadai” tetapi inilah hakikatnya, kita menyaksikan ada sebahagian penduduk negara ini, terutamanya generasi muda yang masih belum memenuhi pengertian kemerdekaan atau kebebasan menurut Islam.

Kemerdekaan menurut pandangan Islam ialah apabila seseorang bangsa atau umat merdeka daripada segala bentuk penjajahan undang-undang ciptaan manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah, bebas daripada kezaliman kepada keadilan dan bebas dari kejahilan kepada berilmu baik lahiriah ataupun zahiria. Rub’I bin A’mir pernah menjelaskan ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum tentang hakikat Kemerdekaan dengan katanya yang bermaksud :

”Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam) untuk kami merdekakan manusia daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat”.

Merdeka bukan bermaksud bebas dan tidak terikat dengan sebarang peraturan dan boleh melakukan apa saja yang disukai. Merdeka bukan semata-mata bebas secara fizikal daripada belenggu penjajahan, tetapi konsep merdeka yang sebenar mengikut pandangan Islam ialah membebaskan diri daripada semua bentuk penjajahan yang bercanggah dengan ajaran Islam, samada dalam bentuk pemikiran rohani dan jasmani mahupun budaya dan citarasa, perasaan dan emosi seseorang insan itu.

Sehingga hari ini, kita melihat minda terjajah masih mengongkong dan berkarat dalam pemikiran anak muda dan masyarakat sekarang. Tidak sayukah hati kita apabila melihat anak muda berpeluk dan bercium dikhalayak ramai, berpeleseran tanpa batasan, pergaulan bebas sehingga terjebak dengan seks bebas dan dadah, terlibat dengan gangstar, penyelewengan aqidah dan sebagainya.

Kefahaman tentang kemerdekaan sememangnya amat berbeza antara generasi dulu yang memperjuangkan kemerdekaan dengan air mata dan darah berbanding generasi hari ini. Hal ini kerana bagi generasi terdahulu, kemerdekaan adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya, manakala bagi golongan muda di zaman ini, 31 Ogos hanya sekadar cuti umum, berseronok, bakar bunga api, berhibur, berkelah dan bersantai.

Sepatutnya, umat yang merdeka dapat berfikir dengan matang apakah yang terbaik dilakukan untuk dirinya, bangsa dan kepentingan umat keseluruhannya serta negaranya tanpa khawatir dan bimbang terhadap sebarang halangan yang menghalangnya. Sepatutnya kita mempunyai pemikiran apakah yang kita telah sumbangkan untuk negara, bukan mengharap apa yang negara dapat sumbangkan untuk kita. Sebab itulah sekiranya fahaman dan mentaliti kita belum berganjak sampai bilakah kita boleh dikatakan sebagai seorang manusia yang benar-benar merdeka?

Sebagai bangsa Malaysia yang merdeka, jiwa kita, diri kita, keluarga dan masyarakat kita perlu bebas daripada mengagungkan pemikiran penjajah, bebas daripada amalan penjajah dan bebas daripada idealisme dan undang-undang penjajah.

Kemerdekaan dalam ertikata lain akan dapat dinikmati sepenuhnya jika kita mampu menjadikan negara yang tercinta ini mencapai tahap tamadun yang tinggi berasaskan perinsip keadilan dan pegangan agama, perpaduan, mempunyai keperibadian dan akhlak yang kukuh dan menunaikan kewajipan bernegara, serta mampu menjauhi diri daripada melakukan perkara-perkara negatif yang dipelopori oleh penjajah barat atas nama kebebasan dan hak individu. Pengaruh pemikiran bebas atau Liberal yang didatangkan oleh barat, jika dibawa kedalam masyarakat dan menjadi amalan di negara ini, pasti akan membawa kepada kehancuran masyarakat dan kehancuran negara.

Ada juga manusia, bangsa atau umat meskipun lahirnya mereka sudah mencapai kemerdekaan selama puluhan tahun, tetapi jiwa mereka dijajah oleh nafsu jahat. Yang menjadi tuhan mereka membawa hanya nafsu dan apa yang dilakukan oleh mereka membawa bencana kepada seluruh umat manusia. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Jasiah ayat 23:

“ Adakah engkau lihat hawa orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi tuhannya dan Allah menyesatkan dia kerana mengetahui (kejahatan hatinya) dan menutup pendengaran dan mat ahatinya serta mengadakan penutupan terhadap pendengarannya. Maka siapakah yang akan menunjukinya sesudah Allah, tidakkah kamu menerima peringatan?”

Golongan penjajah pada masa kini tidak lagi datang menaiki kapal dan menggunakan senjata seperti masa dulu, sebaliknya berupaya menjajah umat islam menerusi alat komunikasi canggih serta menggunakan kuasa kewangan dan media. Dengan danya zaman globalisasi dan dunia tanpa sempadan, ia menjadi semakin mudah untuk mereka melebarkan pengaruh dan mengawal aspek politik, ekonomi dan system social milik kita. Sesetengah Negara masih bergantung kepada Negara yang masih menjajah mereka dalam banyak sector seperti perdagangan, pendidikan dan ketenteraan. Malah, perkara terburuk ialah penjajahan pemikiran masih berlaku masih berlaku dikalangan masyarakat Negara itu.

Pemikiran anti islam yang merosakkan umat islam ini sebenarnya adalah hasil daripada usaha dan agenda musuh-musuh islam, terutama golongan yahudi dan nasrani. Sebagai umat islam yang beriman kepada Allah, kita hendaklah berhati-hati dengan idea dan pandangan yang dikemukakan oleh mereka. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120:
“Orang-orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu wahai Muhammad, sehingga engkau menurut agama mereka yang telah terpesong itu. Katakanlah kepada mereka: “Sesungguhnya petunjuk Allah, agama islam itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya wahyu yang memberi pengetahuan kepadamu tentang kebenaran, maka tiadalah engkau akan memperoleh dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”.

Kejayaan sesebuah Negara yang merdeka tidak hanya dilihat dari segi pembangunan luaran seperti bangunan yang besar, tinggi dan moden, di samping kemudahan-kemudahan lain yang disediakan. Namun yang lebih utama dalam pembangunan sesebuah Negara ialah aspek pembangunan modal insan yang berteraskan ajaran islam.

Tidak bermakna mendiami sebuah Negara merdeka, sedangkan rakyatnya masih belum merdeka jiwanya dan amalan sehariannya. Apalah erti kemerdekaan yang dikecapi oleh kita, jika masyarakat yang tidak patuh kepad aperaturan-peraturan agama dan Negara. Kemerdekaan Negara yang telah diperolehi selama ini amat merugikan jika wujud berbagai-bagai penyakit social dalam masyarakat yang akhirnya membawa kerosakan dan huru-hara. Jika ini berlaku, maka perjuangan kemerdekaan yang dilakukan oleh wira-wira kemerdekaan Negara kita sebelum ini adalh menjadi sia-sia belaka.

Justeru, umat islam perlu terus berusaha untuk membebaskan diri dan jiwa merek adaripada kejahilan, kemiskinan dan rasa rendah diri daripada bangsa-bangsa lain. Kemerdekaan yang sebenar akan menjadikan umat islam sebagai umat yang mampu berdikari, berilmu pengetahuan, berkeyakinan tinggi, mempunyai jati diri yang kuat dan bebas daripada pengaruh penjajahan.

Janganlah kita mensia-siakan nikmat ini dengan melakukan perkara-perkara yang tidak memberi untung kepada kita. Marilah kita mengisi kemerdekaan secara dengan melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah dan berguna bagi membangun agama, bangsa dan Negara berlandaskan ajaran Islam. Hujjatul islam imam Al-Ghazali rahimahullah telah menetapkan tiga perkara bagi mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan iaitu:

1. Hendaklah memperakukan bahawa nikmat itu datangnya hanya daripada Allah walaupun pada zahirnya ia datang melalui sebab-sebab dan sumber-sumber tertentu.
2. Tidak mensia-siakan nikmat tersebut disamping menghargai pihak yang mengusahakannya
3. Hendaklah menggunakan nikmat tersebut dengan jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

“Dan ingatlah ketika tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya!, jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabku amatlah keras”.
(Ibrahim ayat 7)

Kemerdekaan adalah kebebasan dalam pelbagai lapangan. Ia adalah pelengkap jati diri dan syahsiah individu muslim. Kebebasan memerlikan penghargaan dan tanggungjawab.
Setiap umat Islam perlu bertanggungjawab dalam segala tindakan yang menggugat kebebasan orang lain. Segala tindakan untuk mengekalkan kebebasan dan mengisi kemerdekaan hendaklah berasaskan ajaran Islam.

Kemerdekaan yang sejati mesti melindungi dan dipupuk dengan sebaik_baiknya, tidak dicemari oleh kelakuan dan tindakan yang tidak sihat, yang boleh menggugatkan ketenteraman masyarakat.

SEWA VAN !

Sape nak sewa van ni... call 019-2621874

Sape nak sewa van ni... call 019-2621874

SYAABAN; BARAKAHMU DIBURU

SYAABAN; BARAKAHMU DIBURU

Kehidupan duniawi seseorang insan bermula dari detik kelahirannya sehingga ke saat kematiannya.  Dalam kehidupan itu, manusia merentas berbagai ketika dan waktu.  Ada orang yang tidak mengambil peduli dengan peredaran ketika dan waktu, baginya tidak ada apa2 kelainan, sedangkan Allah Subhanahu wata’ala mencipta ketika dan waktu dengan kepelbagaian kelebihan dan fadilat antara satu dengan yang lain.

Kepedulian dan kepekaan kita terhadap kelebihan satu-satu masa atau waktu mendorong kita memanfaatkannya, dengan menggandakan amalan padanya dengan harapan mendapat gandaan pahala yang dijanjikan.  Sebaliknya kita sangat rugi jika waktu btertentu itu berlalu begitu sahaja.  Firman Allah Subhanahu wata’ala di dalam surah al-‘Asr ayat 1 – 3  yang bermaksud:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang2 yang beriman dan beramal saleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”.

Bulan Syaaban akan mendatangi kita beberapa hari sahaja lagi.  Kehadirannya membawa banyak keistimewaan dan kelebihan.  Kelebihan bulan ini dapat kita saringkan dari ibadat Rasulullah s.a.w. di dalamnya seperti yang terangkul dalam beberapa buah hadith baginda.

Marilah bersama kita hayati beberapa riwayat agar kita ketahui fadhilat dan kelebihan Bulan Sya’aban dan merasa terpanggil untuk mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam penghayatan bulan yang mulia ini.

Saidatina ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha ada menyatakan:

Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami berkata Baginda tidak berbuka dan Baginda s.a.w. berbuka sehingga kami mengatakan Baginda tidak berpuasa.  Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa sebulan melainkan bulan  Ramadhan dan aku tidak pernah melihat, dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa lebih banyak dari bulan Syaaban.

(Rawahul Bukhari & Muslim).

Sekumpulan ulama di antaranya Ibnul Mubarak dan lain-lain lagi mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak menyempurnakan puasa seluruh Bulan Syaaban, tetapi baginda berpuasa sebahagian besar dari hari-hari Syaaban.  Ini disokong dengan apa yang diriwayatkan dari Aisyah Radhiallahu ‘Anha:

“Aku tidak pernah ketahui Baginda berpuasa penuh sebulan kecuali ramadhan”.

(Rawahu Muslim).

Abu Daud meriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha:

“Bulan yang paling Rasulullah s.a.w. gemar berpuasa adalah Syaaban, kemudian Baginda menyambungkannya dengan ramadhan”.

Dari riwayat-riwayat tadi, jelas kepada kita bahawa Baginda s.a.w. sangat mencintai bulan Syaaban dan banyak berpuasa di dalamnya mengatasi bulan-bulan lain, selain bulan ramadhan. Ini tentulah bulan itu sangat istimewa dan banyak kelebihannya.

Berbagai pendapat para ilmuan tentang sebab-sebab banyaknya puasa Rasulullah s.a.w. dalam bulan Syaaban:

1.    Rasulullah s.a.w. disebabkan beliau bermusafir atau lainnya, ada meninggalkan puasa yang tiga hari setiap bulan, lalu terkumpul dan dikadhakkan dalam bulan Syaaban.

2.    Dikatakan juga bahawa isteri-isteri baginda mengkadhakkan puasa ramadhan mereka yang tertinggal kerana uzur dalam bulan Syaaban.  Baginda menemani mereka turut berpuasa sunat bulan Syaaban.

3.    Dikatakan juga kerana bulan Syaaban ramai orang yang melalaikannya, kerana mereka sibuk membuat persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan.  Baginda berpuasa agar menyedarkan mereka tentang kelebihan bulan Syaaban yang sering dilalaikan itu.

Amal saleh hamba dianglat kepada Allah s.w.t. dalam bulan Syaaban.  Telah dikeluarkan oleh Al-Imam Ahmad dalam musnadnya; An-Nasai daripada Usamah bin Zaid berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah, Aku tidak pernah menyaksikan seumpama puasamu di bulan Syaaban di dalam lain-lain bulan?.Rasullah s.a.w. bersabda: Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenalnya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan.  Ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam.  Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan aku pada masa itu sedang berpuasa.

Selain dari puasa sunat, ada lagi amalan lain yang digalakkan dalam bulan Syaaban, antaranya  bertaubat dan beristighfar, malah amalan ini dituntut juga sepanjang masa.

Taubat adalah pembersihan rohanu.  Kita sebagai manusia yang tidak maksum, sangat perlu  menjalani proses pembersihan rohani ini, agar hubungan kita dengan Allah s.w.t. sentiasa berada dalam keredhaan-Nya.

Bagi memperolehi taubat nasuha, terlebih dahulu syarat-syaratnya diikuti, kiranya dosa seorang hamba kepada Tuhannya, maka perkara-perkara berikut perlu dilalui;

1.    Meninggalkan perbuatan dosa atau maksiat itu.

2.    Merasa sangat menyesal dan bersalah atas kemaksiatan yang dilakukan.

3.    Berazam dan berjanji tidak akan kembali mengulanginya lagi.

Kiranya kesalahan dilakukan sesama hamba atau ada kaitan dengan hak orang lain, maka selain perkara-perkara di atas diikuti, hendaklah hak orang lain itu dibersihkan.

Manakala beristighfar pula ialah penyertaan memohon ampun kepada Allah s.w.t. dari semua dosa.  Pernyataan yang biasa dilafazkan ialah Astaghfirullahal’azim bermaksud: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

Amalan lain lagi yang digalakkan ialah memperbanyakkan zikir dan doa.  Zikir ialah ucapan yang diucapkan dengan lidah atau mengingati Allah s.w.t. dengan hati, mensucikan Allah dan membersihkannya dari sifat-sifat yang tidak layak untuknya.

Banyak faedah yang diperolehi dari berzikir, antaranya:

1.    Menenangkan hati.  Firman Allah s.w.t. dalam surah Ar-Ra’du 28 yang bermaksud;

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”.  Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

2.    Kawalan diri dan mendapat perlindungan malaikat dari kejahatan.

3.    Terpelihara dari gangguan dan godaan syaitan.

4.    Meningkat rasa kecintaan kepada Allah.

Malam nisfu Syaaban adalah antara malam-malam yang dimakbulkan doa.  Saidina Mu’az bin Jabal radhiallahu ‘anhu ada menyatakan Rasulullah s.a.w. ada bersabda dengan maksud:

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluknya di malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluknya kecuali orang yang menyengutukan Allah atau orang yang bermusuhan”.

(Rawahu Ibnu Majah, At-Thabrani dan Ibnu Majah).

Imam Syafie Rahimahullahu dalam kitabnya Al-Ummu ada menyatakan:

“Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; “Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam, iaitu malam jumaat, malam Hari Raya Iduladha, malam hari Raya Idulfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban”.

Menghayati hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menyentuh kelebihan Bulan Syaaban, dapat kita ketahui:

1.     Baginda Rasulullah s.a.w. memperbanyakkan puasa di dalamnya melebihi bulan-bulan lain selain Ramadhan.

2.     Hukum berpuasa dalam bulan Syaaban adalah sunat, bukannya wajib.  Sebab itu kadangkala Rasulullah s.a.w. berpuasa genap sebulan  Syaaban, pada ketika yang lain pula tidak begitu.

3.     Rasulullah s.a.w.menggalakkan kita melakukan Ibadat Khusus seperti solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan lain-lain secara berterusan (istiqamah) walau pun sedikit.

4.     Amalan-amalan yang dilakukan dalam bulan Syaaban itu bagi melatih diri kita bersedia menghadapi kedatangan bulan Ramadhan.

5.     Amalan-amalan yang dilakukan bukan sia-sia, tetapi akan diangkat kehadrat Allah s.w.t. setelah menerusi proses penapisan kualitinya.

6.     Rasulullah s.a.w. menerangkan kepada kita ada ketika dan waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.  Seharusnya kita mengetahuinya dan bijak pula memanfaatkannya untuk meraih keredhaan Allah s.w.t. contohnya seperti bulan Syaaban.

7.     Memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya pengurusan masa dengan penuh bijaksana bagi menghasilkan inpak yang maksimum menerusi pelaksanaan ibadat yang berkualiti.

8.     Menyarankan secara langsung betapa perlunya kita membangun ummah yang berkualiti, yang sedar tentang tanggungjawabnya sebagai hamba Allah, kerana itulah tujuan kita dicipta oleh Allah s.w.t. sebagaimana firmannya dalam surah Az-Zaariat:56 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”.

Kesimpulannya; sesungguhnya keunggulan hubungan hamba dengan khaliqnya, menjanjikan ganjaran nikmat dan rahmat yang tersangat banyak, apatah lagi jika hamba itu mengetahui ketika dan waktu yang paling afdhal beribadat di dalamnya.  Syaaban adalah antara ketika dan waktu itu: “Syaaban, barakahmu diburu.

(Al-Anbiyaa’:94)

”Dengan  yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya, dan sesungguhnya kami tetap menulisnya”.

Older entries »
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.